UNIT 8 : Kemahiran Mencari Maklumat di Internet
Pengenalan
Kemahiran mencari maklumat yang berguna di dalam internet merupakan asas dalam penggunaan ICT. Bahan-bahan yang berkaitan boleh digunakan sebagai alat sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran. Internet satu gedung maklumat yang luas, penggunaan yang berkesan memberi kelebihan kepada seorang guru.
Objektif Pembelajaran
Selepas mengikuti tajuk ini, pelajar dapat :
1. Mengetahui kegunaan internet dan kepentingannya;
2. Menggunakan internet untuk mencari maklumat dan bahan pengajaran dan pembelajaran;
3. Menyimpan bahan dan maklumat untuk digunakan sebagai alat sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran;
Apakah Laman Web ?
Laman web ialah fail-fail individu yang dicapai oleh pelayar. Biasanya laman web mengandungi teks, gambar dan pautan ke tapak-tapak web yang lain. Satu tapak web ialah satu koleksi halaman web yang saling berkait dan mengandungi maklumat yang berkaitan.
Setiap laman web mempunyai satu alamat yang dipanggil URL (Uniform Resource Locator). URL ialah laluan di internet ke satu halaman web yang tertentu. Contohnya, http://www.yahoo.com,
Anda boleh melawat laman-laman web kolej-kolej universiti tempatan dan perhatikan URLnya. Apa yang dimaksudkan dengan edu dan my ?
Kolej Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia (KUSTEM)
http://www.kustem.edu.my
Koleh Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
http://www.kuittho.edu.my
Kolej Universiti Islam Malaysia
http://www.kuim.edu.my
Jaring Web Sedunia
Di dalam bab ini anda akan diperkenalkan mengenai dunia web. Jaring Web Sedunia yang lebih dikenali sebagai World Wide Web (atau secara ringkas, web atau WWW) adalah satu rangkaian sumber maklumat. Ia terdiri dari satu koleksi besar dokumen (halaman web) yang tersimpan dalam komputer yang terselerak di merata dunia. Halaman web ini boleh mnegandungi teks, gambar, bunyi, animasi mahupun sedutan video dan maklumatnya mencakupi ribuan topik dari perniagaan ke fizik nuklear dan dari hiburan ke perubatan.
Anda boleh membuka perisian Pelayar Web (browser) seperti :
1. Microsoft Internet Explorer
2. Netscape Navigator
3. Mozilla Firefox
4. Opera dll
Untuk membolehkan sumber web dapat dicapai secara meluas, WWW mengguna empat mekanisma ini :
1. Kod atau bahasa penerbitan yang boleh difahami oleh semua sistem komputer (iaitu bahasa HTML).
2. Pautan hiperteks di antara halaman-halaman web untuk memudahkan pelayaran antara sumber web.
3. Skema penamaan yang seragam untuk mengenal pasti lokasi setiap sumber maklumat di web (iaitu URL)
4. Protokol atau peraturan piawai yang diperlukan untuk mencapai sesuatu sumber web (misalnya http, ftp, telnet, mailto dan sebagainya)
Apakah E-mail ?
E-mail adalah perkhidmatan asas yang membenarkan penyelidik dan saintis bekerja dalam dalam projek ‘government-sponsored’ untuk berkomunikasi dengan rakan sejawat yang berada di lokasi lain. Dengan menggunakan program email penggu na boleh mencipta, hantar, forward, simpan, cetak dan padam pesanan.
• Untuk menerima pesanan, pengguna perlukan alamat e-mail
• Alamat email adalah kombinasi nama pengguna dan nama domain
• Apabila pesanan diterima , ianya akan ditempatkan dalam di dalam petisurat (mailbox)
• Petisurat (mailbox) adalah lokasi simpanan yang biasanya terletak di dalam computer yang ada kemudahan sambungan internet.
• Pelayan (server) yang mengandungi banyak petisurat (mailboxes) dikenali sebagai pelayan surat (mail server).
• Bagi windows, microsoft outlook adalah client email yang terdapat di dalam pakej Microsoft.
Anda boleh melawat laman web ini untuk berdaftar mendapatkan perkhidmatan e-mail percuma
http://www.mailyahoo.com
http://www.hotmail.com
http://www.tm.net.my
Apakah Editor Laman Web ?
Editor Laman Web adalah perisian atau program pengarangan web yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu bagi membolehkan laman web dihasilkan dengan mudah.
Contoh-contoh editor laman web
Microsoft FrontPage 2000
Netscape Navigator
Macromedia Flash
Apakah Tapak Web ?
Tapak web boleh diperolehi daripada ISP (Internet Service Provider seperti TMNet dan Jaring) dengan bayaran beberapa ringgit setahun ataupun kita boleh memilikinya secara percuma daripada hos-hos tapak web seperti Geocities, Tripod, Xoom.
Tapak-tapak web percuma ini memberi kita beberapa megabait ruang cakera keras untuk laman web. Sebagai contohnya :
http://www.geocities.com/siliconvalley/ ... ticle1.htm
Laman ini menerangkan secara mendalam tentang bagaimana hendak mencari tapak web di Geocities.
Tapak web ini perlu kerana ia membolehkan orang lain melihat laman web yang dibina. Ia sebenarnya satu ruangan cakera keras di komputer pelayan hos tapak web. Komputer pelayan ini akan beroperasi 24 jam membolehkan orang lain melihat laman web.
Alamat URL
Setiap sumber yang ada dalam web seperti dokumen HTML, gambar, klip video, program dan sebagainya mempunyai alamat yang dikodkan mengikut skema URL (Universal Resource Locator). Setiap URL mempunyai tiga bahagian.
Contoh :
http://www.myhost.com/user/
definisi setiap bahagian :
http:// - Protokol atau perkhidmatan yang digunakan
http://www.myhost.com - Nama mesin/pelayan/hos di mana sumber dapat dicari
/user/ - Lokasi fail di dalam mesin/pelayan/hos itu.
URL ini dibaca begini ; Terdapat sebuah dokumen melalui protokol HTTP yang terletak di mesin http://www.myhost.com dan boleh dicapai dari direktori atau cabang /user/
PROTOKOL
Bahagian pertama URL menyatakan protokol internet yang diperlukan oleh pelayar web untuk mencapai sumber itu. Protokol atau perkhidmatan yang biasa digunakan oleh pelayan-pelayan web ialah http: (HyperText Transfer Protocol).
Contoh protokol lain termasuk ftp: (mengarahkan pelayar web anda membuka satu sambungan FTP ke tapak sumber yang dinyatakan untuk mendapatkan fail tertentu).
mailto : (meminta pelayar web membuka tetingkap untuk menghantar e-mel ke alamat yang dinyatakan).
telnet : (mengarahkan pelayar web mengguna aplikasi telnet anda, kalau ada untuk membuka satu sambungan telnet ke alamat yang dinyatakan).
news : (memberitahu pelayar web untuk mencapai kumpulan berita yang dinyatakan).
(rujukan : K.A.Muhamad (2000) Laman Web Peribadi Dengan Netscape Composer, Federal Publication, Kuala Lumpur)
Penggunaan Direktori dan Enjin Pencari Web
Direktori
Kita boleh menggunakan direktori web atau indek untuk mencari maklumat bagi sesuatu tajuk umum.
Terdapat beberapa contoh direktori yang boleh digunakan untuk mencari maklumat. Antaranya ialah :
http://www.yahoo.com
http://www.yahooligans.com
http://www.jaring.my
http://magellan.excite.com
http://www.msn.com
Enjin Pencari
Anda juga boleh menggunakan enjin pencari untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik.
Terdapat beberapa jenis enjin pencari antaranya ialah :
AltaVista http://www.altavista.com
Google http://www.google.com
All the web http://www.alltheweb.com
Lycos http://www.lycos.com
Overture http://www.overture.com
Ebay http://www.ebay.com
Memudahkan Pencarian dengan menggunakan Program Pencari
Anda juga boleh menggunakan program-program pencari yang boleh didapati di internet dan installkan didalam komputer peribadi bagi membantu untuk mencari maklumat dengan lebih cepat lagi contohnya; Carponic Pro
Memudahkan Pencarian dengan menggunakan Boolean Logic
Untuk mencari maklumat dengan cepat anda boleh menggunakan kaedah Boolean logic. Kaedah ini menggunakan tanda + (tanda tambah) sebelum perkataan utama dan tanda – (tanda tolak) sebelum perkataan yang tidak perlu.
Contohnya :
Anda ingin mencari maklumat mengenai sejarah olahraga di seluruh dunia kecuali di Malaysia.
Pada ruangan carian, taipkan begini :
+sejarah+olahraga-Malaysia
Bagaimana Memuat Turun Fail Dari Laman Web
Halaman web bukan satu-satunya bahan yang dudapati dalam internet. Anda akan menemui pelbagai jenis fail seperti fail teks, fail grafik, fail program, fail multimedia dan banyak lagi. Apabila anda terjumpa fail yang dikehendaki langkah seterusnya ialah memindah satu salinan fail dari tapak internet yang menyimpannya ke dalam komputer anda. Proses ini dinamakan muat turun (download).
Langkah Memuat Turun (Download)
1. Cari fail yang dikehendaki
• Peringatan – sebarang fail diperolehi dari internet mungkin mengandungi virus komputer. Untuk melindungi komputer anda daripada serangan virus, dapatkan program antivirus seperti McAfee VirusScan, Norton Antivirus atau Kaspersky Antivirus.
2. Klik pautan fail untuk memulakan proses muat turun.
3. Simpan fail dalam cakera keras. Dalam kotak dialog File Download, klik Save this program to disk dan klik OK.
4. Pilih lokasi cakera keras. Apabila proses muat turun bersedia dimulakan, kata dialog Save As akan muncul. Carikan folder yang hendak disimpan fail itu dan klik Save.
5. Tunggu. Ketika proses muat turun dijalankan, kota dialog yang muncul akan memberi maklumat terperinci tentang saiz fail, masa yang tinggal untuk muat turun dan sebagainya. Klik Cancel untuk menghentikan proses ini.
6. Muat turun sudah lengkap. Apabila proses muat turun telah lengkap, klik Close untuk menutup kotak dialog. Anda boleh memilih opsyen Open (yang memulakan proses pemasangan fail yang dimuat turun itu) atau Open Folder (yang memaparkan kandungan folder yang menyimpan fail yang telah dimuat turun).
Maklumat 1
Sesetengah fail yang besar di internet adalah dalam format yang berbeza seperti zip, rar, winamp,war,ace,arj dll. Untuk membuka fail-fail ini anda memerlukan program seperti WinZip, Power Archiver atau WinAce.
WinZip http://www.winzip.com
WinAce http://www.winace.com
PowerArchiver http://www.powerarchiver.com
Maklumat 2
Proses memuat turun memakan masa yang lama sekiranya fail yang dikehendaki itu besar. Kalau anda melangani perkhidmatan internet biasa seperti Tmnet atau Jaring ia bergantung kepada kuasa moderm anda dan kesesakan talian. Sekiranya perkhidmatan internet anda menggunakan broadband wireless, kabel, DSL atau sambungan T1, masa muat turun boleh disingkatkan.
Maklumat 3
Anda juga boleh menggunakan program yang boleh membantu untuk mempercepatkan proses muat turun seperti :
Download Accelerator Plus http://www.speedbit.com
Internet Download Accelerator http://www.westbyte.com/ida
Aktiviti 1
1.0 Mencari Maklumat Menggunakan Enjin Pencari dan Menyimpannya
Latihan 1
1. Buka pelayan web (Internet Explorer)
2. Pilih satu jenis enjin pencari atau direktori.
3. Dalam kotak alamat, taip alamat (contohnya : http://www.google.com)
4. Tentukan tajuk atau topic yang hendak dicari.
5. Dalam laman web google ini, dalam ruangan carian taip tajuk atau katakunci berkaitan tajuk yang anda ingin cari.
6. Tekan enter
7. Terpaparlah senarai maklumat yang anda cari itu, click pada senarai itu untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan tajuk yang dicari.
Aktiviti 2
2.0 Menyimpan Alamat Web (URL) Ke Dalam Favorites
Setelah anda berjaya mencari maklumat di dalam internet, anda rasakan bahawa laman web yang anda layari berguna kepada anda. Oleh itu anda bolehlah menyimpan alamat (URL) web di dalam Favorites.
Langkah
1. Dalam paparan laman web yang ingin anda simpan, klik menu Favorites dan klik Add to Favorites.
2. Pada kali pertama anda memasukkan alamat ke dalam Favorites, anda perlu membina satu folder yang baru.
3. Klik New Folder.
4. Taip apa saja nama yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk di dalam laman web.
5. Klik OK.
6. Lihat pada folder di dalam kotak Creat in. Folder baru anda akan berada di dalam senarai folder. Klik folder yang baru anda yang di bina tadi.
7. Dalam kotak nama, semak nama folder yang baru anda bina. Jika nama tersebut tidak jelas, anda bolehlah menamakan semula folder tersebut.
8. Klik OK.
TUGASAN 1
Mencari Maklumat Dan Menyimpan Di Dalam Folder
Dalam aktiviti ini, anda dikehendaki mencari maklumat berkaitan dengan kecergasan fizikal. Oleh itu anda dikehendaki melayari internet dan menyimpan bahan atau maklumat di dalam folder anda yang telah di bina. Segala maklumat dan bahan ini akan digunakan untuk membina persembahan multimedia anda nanti.
i. Bagaimana Menyimpan File
Untuk memudahkan anda merujuk dan menggunakan maklumat di masa akan datang anda boleh menyimpan maklumat dan bahan anda di dalam fail.
Menyimpan file
Langkah
1. Semasa berada di dalam paparan maklumat, klik file
2. Klik Save As
3. Dalam kotak Save in, masukkan nama folder anda.
4. Klik Save
ii. Bagaimana Menyimpan imej
Setelah melayari internet dengan menggunakan enjin pencari, terdapat beberapa imej yang ingin anda gunakan di dalam pembinaan persembahan multimedia. Anda boleh menyimpan imej tersebut di dalam folder anda.
Menyimpan imej
Langkah
1. Letakkan pointer tetikus pada imej dan klik kanan.
2. Klik Save Picture As.
3. Kotak dialog akan muncul. Pilih folder anda dan buka. Kemudian klik Save.