UNIT 6 : PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK)

6.1 Pengenalan dan Konsep PAK

Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.

Selain daripada itu, PAK juga lebih dikenali sebagai satu pendekatan lain iaitu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih tertumpu kepada para pelajar. Program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan guru merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Pembelajaran akses kendiri melatih murid belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif. Pendekatan ini berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu sendiri boleh melakukannya secara optimum. Adalah sangat penting murid menentukan strategi pembelajaran terbaik yang seusia dengan dirinya.

Pembelajaran akses kendiri juga memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif selain daripada ciri-ciri lain seperti gaya pembelajaran, minat, dan keperluankeperluan lain. Oleh yang demikian, ia dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdikari dan menjurus kepada sikap kendiri. Bagi mendapatkan maklum balas mengenai pencapaian dan kemajuan mereka, program pembelajaran akses kendiri menyediakan pentaksiran kendiri. Ini akan melahirkan individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka.

6.2 Penubuhan dan Fungsi PAK


Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari . PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid dapat belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan guru.

Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka, Pendekatan ini memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keperluan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran ini dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri. PAK ditubuhkan adalah bertujuan untuk melatih para pelajar untuk lebih berdikari serta berfikir secara kritis dan kreatif. PAK juga berfungsi untuk mewujudkan pelajar yang berautonomi dan bertanggungjawab.

 

Fungsi-fungsi lain PAK adalah:
1. Bertanggungjawab dan mempunyai hak autonomi ke atas pembelajaran sendiri.
2. Menjadikan proses pembelajaran lebih efisyen, fleksibel dan selesa di samping
mengambilkira material dan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan yang diperolehi.
3. Memastikan pemilihan material dan aktiviti pembelajaran dilakukan secara meluas dan
teratur.
4. Menyediakan kemudahan bantuan fasilitator dan material PAK untuk diakses.
5. Pelajar mempunyai kemudahan belajar secara berkumpulan dan bersendirian.
6. Membantu murid menilai prestasi masing-masing serta membolehkan proses
pembelajaran mengikut tahap kemampuan tersendiri.
7. Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa proses pembelajaran.

6.3 Bahan-bahan PAK

Prinsip pembelajaran akses kendiri menekankan kepada empat domain pembelajaran iaitu:
1. “Self-Directed” / Akses kendiri
2. “Self-Access” / Akses kendiri
3. “Self-Asses” / Kadar kendiri
4. “Self-Paced” / Langkah kendiri

Self Directed adalah pembelajaran terarah kendiri di mana pelajar akan menentukan sendiri tajuk dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari.

Self Access adalah pembelajaran akses kendiri di mana pelajar mencari dan mendapatkan maklumat mengenai tajuk yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Buku rujukan, majalah, CD-ROM atau internet digunakan untuk mendapatkan maklumat.

Self Assessed adalah pembelajaran kadar sendiri di mana pelajar membuat penilaian atau penaksiran sendiri mengenai tajuk yang dipelajarinya, adakah dikuasai atau tidak. Seandainya pelajar tersebut telah menguasai tajuk tersebut maka pelajar itu akan beralih ke tajuk lain.

Manakala Self Paced adalah pembelajaran langkah demi langkah mengikut kadar sendiri. Pembelajaran ini memberi ruang kepada pelajar untuk memantau progress pembelajaran diri (KPM, 1997).

(a) Pembelajaran Secara Individu
Proses pembelajaran yang berkaitan kepentingan individu terhadap pembelajaran
(b) Pembelajaran Arah
Kendiri Proses pembelajaran yang memerlukan tanggungjawab pelajar untuk belajar
sesuatu pelajaran dan berkeupayaan untuk memahami sendiri.
(c) Pembelajaran Sendiri
Proses pembelajaran yang memerlukan pelajar bertanggungjawab sepenuhnya
tentang pelajaran mereka dan menentukan sendiri apa yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Mereka juga turut menentukan apa yang ingin dipelajari.
(d) Penetapan Pembelajaran
Proses pembelajaran di mana pelajar pembelajaran langkah demi langkah mengikut
kadar sendiri.

6.4 PERSEDIAAN GURU DAN MURID

Tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Edward M.Anthony (1963) menyatakan bahawa kaedah adalah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan perlu berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru, di antaranya ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran.

Tujuan Persediaan
Persediaan dan Peranan Guru

Kejayaan program pendidikan bergantung kepada kemahiran yang diperolehi dan sikap guru terhadap pendidikan. Hubungan ‘partnership’ harus dilakukan antara guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian guru perlu:

1. Memahami dan menghormati peranan ibu bapa/penjaga/komuniti
- Prihatin terhadap pandangan ibu bapatentang tingkah laku anak mereka.
- Mengambil kira pandangan ibu bapa dan peranan mereka terhadap anak-anak mereka.

2. Mempunyai Kemahiran Interpersonal dan bertindak sebagai seorang profesional
- Bersikap terbuka dan memahami persekitaran.
- Mengasingkan masalah peribadi dan kerja dengan efisyen.

3. Memberi Maklumat dengan berkesan secara konsisten
- Mengenai aktiviti dan sekolah
- Mengenai perkembangan semasa

Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan, antaranya ialah;

1. Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran
2. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
3. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran
4. Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik.
5. Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar.
6. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.

Peranan guru ialah sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor semakin diterima. Program pembelajaran akses kendiri memerlukan guru untuk:

1. Menggalakkan murid berinterasi sesama sendiri dalam kelas.
2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memberi peluang kepada murid menguji kemampuan mereka.
3. Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran

Peranan murid pula:

1. Mengenal pasti keperluan mereka.
2. Mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri.
3. Menetapkan matlamat pembelajaran sendiri.
4. Mengenal pasti masa pembelajaran yang ada.
5. Menyediakan pelan pembelajaran yang realistik.

Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat (TM) dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran. Kurikulum TM digubal dalam konteks pengajaran/pembelajaran bestari dan disokong oleh pentaksiran berasas kriteria.

Murid akan memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing. Ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan pelajar. Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan/ kemahiran/sikap mereka berbanding kriteria yang ditetapkan. Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian diri.

Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.

Pengajaran Berbantukan Komputer (Computer Assisted Instruction, CAI) Integrasi Bahan Kursus CAI dalam Bilik Darjah

Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.

Bagi setiap topik/tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan bergantung kepada kumpulan pelajar sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, seseorang patut tahu tentang kelebihan dan kelemahan sebuah komputer.

6.5 RUMUSAN

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun, jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam P&P akan gagal. Masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi P&P dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh di dapati hanya di hujung jari sahaja. Oleh itu kejayaan pengajaran dan pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar, galakan, kemudahan prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Seterusnya peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan terutamanya guru-guru amat penting untuk membawa penggunaan ICT ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi untuk menjayakannya. Justeru pengaplikasian ICT dan rekabentuk pengajaran dalam penggunaan bahan multimedia mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.

Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced, dan self directed. Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui internet era globalisasi ini akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari serta dapat melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif dan inovatif yang berakhlak mulia.

Make a Free Website with Yola.