Unit 5 : TMK Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
5.1 Objektif
Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat: •
• menerang maksud mengguna ICT sebagai pemudah komunikasi.
• menerang bagaimana ICT dapat diguna sebagai pemudah komunikasi dalam p&p.
• merancang aktiviti yang mengguna ICT sebagai pemudah komunikasi dalam p&p.
• melaksana aktiviti yang mengguna ICT sebagai pemudah komunikasi dalam p&p.
5.2 Apa Maksud ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
• teks,
• grafik,
• audio,
• video, atau
• kombinasi pelbagai mod.
5.3 Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam p&p?
Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:
• Teknik Seorang – Sendirian,
• Teknik Seorang kepada Seorang,
• Teknik Seorang kepada Ramai, dan
• Teknik Ramai kepada Ramai.
Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupayaan ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif
Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan murid bertukar maklumat berhubung budaya, dan geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.
Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak murid mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan murid bertanya terlalu banyak atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran.
Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki murid menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahran yang berupaya meningkatkan keyakinan murid terhadap diri mereka dan seterusnya membantu pembelajaran.
5.4 Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?
• Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
• Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.
• Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.