Unit 4 : TMK Sebagai Alat Aplikasi
4.1 Objektif
Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat :
• menerangkan maksud mengguna ICT sebagai alat aplikasi.
• menerangkan bagaimana mengguna ICT sebagai alat aplikasi.
• merancang aktiviti p&p mengguna ICT sebagai alat aplikasi.
• melaksana aktiviti p&p yang mengguna ICT sebagai alat aplikasi.
4.2 Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?
ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.
Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.
4.3 Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Aplikasi
Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi apabila muridnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja.
Bagaimanapun, apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.
Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran – murid saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998)
Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, murid perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh murid tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah tersebut.
Satu lagi situasi ialah seorang murid (dalam apa juga subjek yang berkaitan) mungkin perlu mengelas dan menyisih data yang banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data itu. ICT ialah alat yang ideal untuk diguna untuk tugas yang tidak autentik (iaitu mengelas dan menyisih data yang banyak) manakala murid itu boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu).
4.4 Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?
• Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
• Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda murid.
• Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.