Unit 3 : TMK Untuk Pembelajaran Penerokaan (Exploratory)

3.1 OBJEKTIF
Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat:
• menerangkan maksud pembelajaran penerokaan.
• menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan dalam pembelajaran penerokaan.
• merancang aktiviti pembelajaran penerokaan dengan menggunakan ICT.
• melaksanakan aktiviti pembelajaran penerokaan yang mengaplikasikan ICT.

3.2 Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk:
• mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.
• mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
• melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

3.3 Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan?


Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang member penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh;

Murid-murid di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta. Simulasi maya pembedahan katak Virtual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan oleh Lawrence Berkley National Laboratory boleh digunakan di dalam kelas Biologi. Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.

Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack. (http://www.httrack.com/ atau untuk mendownload program tersebut di http://www.httrack.com/page/2/en/index.html)
Selain daripada mengakses maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.

Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penorakaan mungkin memakan masa yang terlalu panjang.

3.4 Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan Ini?


ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:
• pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan.
• pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
• aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan.
• aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

3.5 Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

• Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
• Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
• Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
• Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.
Make a Free Website with Yola.